PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 8.68 mata kepada 1,550.21 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,541.52 penutup Selasa. Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,539.73. Jumlah dagangan sebanyak 3.10 bilion unit bernilai RM2.37 bilion. Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 531 berbanding 443 dengan 498 kaunter tidak berubah dan 920 tidak diniagakan. Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turun 223.85 mata atau 0.56 peratus kepada 39,762.48…










