PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 2.85 mata kepada 1,527.44 pukul 9.07 pagi hari ini, berbanding 1,524.59 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,526.29.
Jumlah dagangan sebanyak 115.67 juta unit bernilai RM60.15 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 157 berbanding 110 dengan 231 kaunter tidak berubah dan 1993 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun melonjak 232.94 mata atau 0.58 peratus kepada 40,052.05 dan indeks STI Singapura naik 0.42 peratus kepada 4,207.13 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan jatuh sebanyak 0.14 peratus kepada 3,206.24. – UTUSAN