PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 1.78 mata kepada 1,522.97 pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,524.50 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,523.99.
Jumlah dagangan sebanyak 184.83 juta unit bernilai RM69.66 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 157 berbanding 124 dengan 260 kaunter tidak berubah dan 1954 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun melonjak 240.60 mata atau 0.59 peratus kepada 40,895.30 dan indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.36 peratus kepada 3,266.04 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura turun 0.24 peratus kepada 4,219.41. – UTUSAN