PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 2.60 mata kepada 1,521.22 pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,523.82 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,524.10.
Jumlah dagangan sebanyak 169.75 juta unit bernilai RM86.13 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 178 berbanding 106 dengan 260 kaunter tidak berubah dan 1997 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun susut 112.91 mata atau 0.28 peratus kepada 40,561.64 dan indeks STI Singapura turun 0.28 peratus kepada 4,229.41 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.33 peratus kepada 3,241.24. – UTUSAN