NationGate disiasat SPRM

NationGate disiasat SPRM berkaitan dakwaan seludup logam sekerap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu premis subsidiari milik penuh NationGate Holdings Bhd., NationGate Solution (M) Sdn. Bhd. pada Isnin sebagai sebahagian daripada penyiasatan ke atas dakwaan penyeludupan logam sekerap.

NationGate melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, lembaga pengarah melihat dakwaan berkenaan secara serius serta telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan SPRM mendapat kerjasama penuh dan untuk melindungi integriti penyiasatan.

“Syarikat kami tetap teguh dalam komitmennya terhadap piawaian tertinggi tadbir urus korporat, akauntabiliti dan ketelusan,” katanya. 

Menurutnya, NationGate memberi jaminan kepada pihak berkepentingan bahawa mereka akan berusaha untuk memastikan operasi perniagaan tidak terjejas dan langkah-langkah interim yang sesuai telah disediakan.

“Lembaga pengarah akan membuat pengumuman lanjut mengenai perkembangan yang mematuhi keperluan penyenaraian Bursa Malaysia Securities Bhd. dan seperti yang dikehendaki oleh undang -undang,” ujarnya. 

Pada waktu rehat tengah hari, harga saham NationGate telah meningkat sebanyak lapan sen kepada RM1.69, dengan 27.12 juta saham didagangkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN