PETALING JAYA: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi melatih dan memperkasa bakat digital dalam kalangan belia tempatan, khususnya menerusi program Next Gen TeenXChange. Program tersebut merupakan kesinambungan inisiatif Digital Ninja sejak 2016 dan kini menjadi antara komponen utama di bawah MyDigitalMaker. Ia menyasarkan pelajar berumur 15 hingga 20 tahun yang menunjukkan potensi tinggi dalam bidang teknologi digital dan kepimpinan. Ketua Pegawai…