KUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang khusus bagi mengawal selia teknologi kecerdasan buatan (AI), sebagai langkah menangani risiko yang timbul seiring kemajuan teknologi itu. Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, kementerian sedang menyediakan satu laporan komprehensif yang bakal dibentangkan kepada jemaah menteri, bagi menentukan pendekatan terbaik dalam menangani isu berkaitan AI. Menurut beliau, kerajaan mempertimbangkan pelbagai pilihan termasuk penggubalan undang-undang, pelaksanaan peraturan bersasar serta penggunaan piawaian…










