Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu oleh Hyundai Motor Malaysia di Mitec, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hyundai Motor Malaysia (HMY), entiti baharu di bawah Hyundai Motor Company (HMC) melancarkan tiga model baharu iaitu Staria, Tucson dan Santa Fe masing-masing pada harga bermula RM179,888, RM143,888 dan RM225,000.

Langkah strategik itu bukan sahaja menandakan komitmen jangka panjang Hyundai terhadap pasaran Malaysia, malah mencerminkan usaha berterusan syarikat dalam menawarkan kenderaan pintar dan mesra pengguna yang memenuhi gaya hidup moden rakyat Malaysia.

Pengarah Urusan HMY, Jahabarnisa Haja Mohideen berkata, permulaan ini menandakan komitmen jangka panjang Hyundai terhadap pasaran Malaysia, malah mencerminkan usaha berterusan syarikat dalam menawarkan kenderaan pintar dan mesra pengguna yang memenuhi gaya hidup moden rakyat Malaysia.

“Pelancaran ini melambangkan permulaan satu era baharu era di mana Hyundai menjadi sebahagian penting daripada perjalanan Malaysia menuju kemajuan, inovasi dan mobiliti.

“Setiap model dipilih bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang mengutamakan ruang, keselesaan dan pengalaman pemanduan lebih selamat,” katanya pada majlis pelancaran tiga model baharu oleh Hyundai Motor Malaysia di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) di sini, semalam.

Katanya, Staria kali ini disediakan dalam tiga varian iaitu Style (10 tempat duduk), Prime (10 tempat duduk) dan Prestige (tujuh dan 10 tempat duduk).

“Ini menjadikannya kereta ideal untuk kegunaan keluarga besar mahupun korporat. MPV generasi baharu ini menggunakan enjin diesel CRDi 2.2L dan dilengkapi sistem keselamatan Hyundai SmartSense,” katanya. 

Sementara itu, Tucson baharu yang kini ditawarkan  sebagai versi yang dicipta semula sepenuhnya daripada model terlaris Hyundai di Australia dan mempunyai pilihan hibrid buat kali pertama. 

“Keluaran ini tampil lebih bergaya dengan konsol terapung, paparan digital 12.3 inci dan sistem keselamatan canggih termasuk Bantuan Kekal Lorong serta Kawalan Cruise Pintar. SUV ini juga mempunyai rangkaian kuasa Petrol 2.0L Smartstream MPI dan Turbo petrol 1.6L T-GDi,” katanya 

Seterusnya, model Santa FE menilai semula kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana dengan memperkenalkan konfigurasi enam atau tujuh tempat duduk, sesuai untuk pengembaraan serta kegunaan harian. 

“Model ini hadir dengan teknologi seperti pengecas dwiwayarles, dulang pensanitasi UV-C dan bukaan pintu belakang lebar yang terbesar dalam keluaran Hyundai,” katanya. 

Dalam pada itu, Hyundai menawarkan kepada 100 pembeli terawal untuk menerima lapan kali servis penyelenggaraan percuma, malah kepada pembeli kenderaan baharu keluaran mereka akan menerima jaminan lapan tahun atau 160,000 kilometer. 

Hyundai Motor Malaysia mempunyai sasaran untuk meningkatkan jejak perkhidmatannya kepada 25 cawangan sah menjelang 2030 dan memastikan keboleh capaian yang lebih baik untuk pelanggan di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×