KUALA LUMPUR: Syarikat minuman teh, Teafe (M) Sdn. Bhd. dibawah jenama Gong Cha menerima peningkatan permintaan selepas mendapat pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ketua Pegawai Eksekutif Teafe (M) Sdn. Bhd., Billy Koh berkata, pihaknya menerima maklum balas positif daripada pelanggan muslim dan komuniti yang menitikberatkan halal. “Pensijilan halal diterima sejak tiga tahun lalu dan kami melihat jualan turut meningkat. Malah, pelanggan merasa lebih yakin untuk membeli,” katanya ketika…