Conlay Signature Suites dibangunkan dengan GDV RM968 ju

E&O, Mitsui Fudosan lancar kediaman Conlay Signature Suites

KOK Tuck Cheong (kanan), dan Pengerusi Eksekutif E&O, Datuk Seri Tee Eng Ho (dua dari kanan) pada Majlis Pelancaran Conlay Signature Suites, di Jalan Conlay, di sini, semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Eastern & Oriental Berhad (E&O), bersama rakan strategiknya dari Jepun, Kumpulan Mitsui Fudosan, melancarkan Conlay Signature Suites yang merupakan fasa kedua dan terakhir pembangunan projek mercu tanda Conlay di tengah-tengah ibu negara.

Projek ini adalah sebahagian daripada Conlay by E&O, merangkumi dua fasa yang dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM968 juta.

Pengarah Urusan E&O Berhad berkata, Kok Tuck Cheong berkata, Conlay Signature Suites merupakan penawaran gaya hidup bertaraf tinggi.

“Jumlah pembeli tempatan dan luar negara adalah seimbang bagi projek ini. Antara pembeli luar termasuk Taiwan dan China, selain dari negara Barat dan dari rantau ini. 

“Malah, terdapat juga pembeli dari Jepun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan fasa kedua dan terakhir Conlay Signature Suites di sini. 

Conlay Signature Suites bakal menawarkan unit-unit eksklusif yang memenuhi citarasa pembeli tempatan dan antarabangsa yang mengutamakan gaya hidup moden, kemudahan lengkap serta akses mudah ke pelbagai destinasi utama di ibu kota.

Projek ini merangkumi unit kediaman dek atas dalam pembangunan mercu tanda mewahnya, Conlay by E&O, pelancaran ini menandakan satu pencapaian penting menuju ke arah penyempurnaan projek tersebut.

Ini juga mencerminkan komitmen berterusan E&O dalam mentakrifkan semula kehidupan mewah bandar di kawasan paling diidamkan di Kuala Lumpur.

Projek yang dibangunkan di atas tanah pegangan bebas seluas 0.58 hektar, projek ini merangkumi dua fasa, dengan fasa terdahulu dikenali sebagai Conlay Residences dan peringkat yang lebih mewah dinamakan Conlay Signature Suites.

Terletak di antara tingkat tertinggi menara 51 tingkat, Conlay Signature Suites menawarkan pembeli koleksi 194 kediaman, dengan binaan antara 635 hingga 3,617 kaki persegi, dalam konfigurasi satu bilik tidur hingga penthouse tiga dan satu bilik tidur.

Kediaman bernilai antara RM1.52 juta hingga RM12 juta itu menggunakan konsep bina-untuk-jual, Conlay Signature Suites dilengkapi perabot sepenuhnya dan sedia diduduki bagi memastikan pengalaman pemilikan yang lancar.

Mengulas mengenai impak peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada syarikat, beliau berkata, peluasan cukai itu tidak memberi kesan pada projek sedia ada, namun tertakluk kepada projek akan datang. 

Tuck Cheong berkata, empat projeknya termasuk Elmina dan Conlay Signature Suites tidak terkesan dengan peluasan SST.

“Projek-projek sedia ada tidak terkesan langsung oleh pelaksanaan SST. 

”Namun, bagi projek-projek akan datang akan tertakluk kepada pelaksanaan cukai tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN