Chery perkenal tekologi Super Hybrid dengan Tiggo 7 dan Tiggo 8

Chery perkenal tekologi Super Hybrid dengan Tiggo 7 dan Tiggo 8

MICHAEL Chew (dua kiri) bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Nizmar Mohd Nazar (dua,kanan) pada majlis pelancaran model teknologi super hibrid dan pratonton model Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 di MITEC, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Chery Malaysia memperkenalkan teknologi Chery Super Hybrid (CSH) sekali gus menjadi satu lagi pencapaian penting dalam usaha jenama itu untuk menawarkan penyelesaian mobiliti yang pintar, cekap dan lestari kepada pengguna di Malaysia.

Pelancaran teknologi ini turut disertakan dengan pratonton rasmi dua model kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV), Tiggo 7 dan Tiggo 8, menandakan langkah serius Chery dalam segmen elektrifikasi tempatan.

Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew, berkata pelancaran teknologi CSH adalah lambang pencapaian penting syarikat dalam memperkenalkan inovasi tenaga bersih yang mesra alam ke pasaran Malaysia.

Beliau berkata, meskipun sudah ada model PHEV dalam pasaran tempatan, namun ia dibarisi oleh jenama premium.

“Pengguna di Malaysia kini mengutamakan penjimatan bahan api dan kos dalam membuat keputusan untuk membeli kenderaan baharu.

“Pandu uji yang dibuat mendapati kenderaan kita mampu bergerak sejauh 1,200 kilometer bagi satu tangki penuh.

“Justeru, kami merasakan tiba masanya untuk memperkenalkan kenderaan keluaran Chery sebegini di atas jalan raya negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), semalam.

Michael dalam ucapan di majlis itu berkata, kedua-dua kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut mampu memenuhi pelbagai gaya hidup pengguna daripada pembeli kereta pertama hinggalah keluarga besar.

“Sama ada untuk pemanduan dalam bandar, mementingkan penjagaan alam sekitar atau perjalanan jauh, Chery sekarang menawarkan barisan lengkap kenderaan dari petrol, elektrik, hibrid dan kini PHEV,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN