PETALING JAYA: Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula 1 Julai ini dijangka akan memberi kesan langsung minimum kepada sektor automotif, kata CIMB Securities Sdn. Bhd. Firma penyelidikan berkata, ini berikutan jualan kenderaan sudah tertakluk kepada cukai jualan sebanyak 10 peratus, manakala perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus. “Namun, mungkin terdapat sedikit peningkatan dalam kos pengedar dan penyewaan bilik pameran, walaupun kami percaya impaknya…










