Royal Lexis tawar suite, vila mewah di tengah bandar raya

Royal Lexis tawar suite, vila mewah di tengah bandar raya

ROYAL Lexis dengan GDV RM950 juta ini dijangka siap pada 2029.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KL Metro Group menawarkan Royal Lexis, projek mewah dengan konsep suite dan vila eksklusif yang dilengkapi dengan kolam peribadi yang dijangka siap pada 2029.

Pengarah Urusan KL Metro Group, Datuk Low Tak Fatt berkata, Royal Lexis dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM950 juta.

“Royal Lexis dijangka menetapkan penanda aras baharu dalam pasaran hartanah mewah dengan reka bentuk dalaman moden kontemporari, bahan binaan berkualiti tinggi dan konsep dwi-kunci yang menawarkan fleksibiliti kepada pemilik.

“Projek ini juga menampilkan kolam renang peribadi, saiz bilik lebih luas (antara 800 hingga 1,000 kaki persegi), serta pemandangan eksklusif menghadap Menara Kuala Lumpur, Merdeka 118 dan Menara Berkembar Petronas KLCC.

“Terletak strategik di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur, di Jalan Sultan Ismail, projek kediaman servis mewah oleh Lexis Group ini menandakan era baharu dalam gaya hidup bandar bertaraf tinggi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Projek mewah ini menyasarkan pembeli utama adalah dari pasaran Asia-Pasifik dan Asia Barat, termasuk negara seperti Taiwan, China, Hong Kong, Jepun, Korea serta Pakistan, Bangladesh, India, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Qatar.

Jelas Tak Fatt, walaupun tumpuan diberikan kepada pembeli luar negara, kami turut menjangkakan minat daripada pembeli tempatan.

“Pembangunan bercita-cita tinggi ini dilancarkan pada waktu sektor hartanah Malaysia menunjukkan momentum baharu, disokong oleh minat asing yang meningkat, pertumbuhan pelancongan serantau, serta peristiwa besar akan datang seperti Tahun Melawat Malaysia 2026 dan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini,” katanya.

KL Metro Group adalah pemaju hartanah terkenal yang fokus kepada projek mewah dan hotel bertaraf lima bintang selain projek komersial dan perumahan.

Antara projek ikoniknya termasuk Lexis Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson, Lexis Suites Penang, Lexis Hibiscus Port Dickson dan Imperial Lexis Kuala Lumpur (diurus oleh Lexis Hotel Group).

Royal Lexis adalah pembangunan bercampur yang terdiri daripada 371 Suite Mewah dan 147 unit Hotel.

Pembangunan Pegangan Bebas terletak secara strategik betul-betul di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, berhampiran Jalan Sultan Ismail.

Projek mewah ini terletak secara ideal di hab komersial dan pelancongan yang paling sibuk yang dikelilingi dengan hotel, pejabat, bar, kafe, restoran, pusat membeli-belah dan mercu tanda terkenal lain seperti Menara KL dan Menara Berkembar Petronas.

Setiap unit Royal Lexis, seperti semua projek utama KL Metro Group sebelum ini, dilengkapi dengan kolam renang peribadinya sendiri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN