PETALING JAYA: Proton dan Grab Malaysia terus memperkukuh komitmen terhadap komuniti e- hailing menerusi peluasan kerjasama strategik dengan memperkenalkan lebih banyak pilihan model Proton, termasuk Proton S70 dan barisan model premium X-Series. Langkah ini turut menawarkan kelebihan eksklusif yang ditambah baik untuk menyokong keperluan rakan pemandu Grab yang terus menjana pendapatan menerusi platform e-hailing tersebut. Kerjasama ini dibina atas kejayaan kempen ‘Saga Power Up for Grab Driver-Partners’ yang dilancarkan pada…










