Permintaan daging premium wagyu semakin meningkat 

Permintaan daging premium wagyu semakin meningkat 

ARTHUR Joseph Kurup (tiga kanan) pada Majlis Pembukaan Wagyu by La Moon di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.-UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 192,000 kilogram daging wagyu Jepun telah diimport ke Malaysia sepanjang tahun lalu oleh Zenrich Allied Sdn. Bhd. (Zenrich Wagyu), mencerminkan peningkatan permintaan pengguna terhadap produk daging premium di negara ini.

Jumlah itu dianggarkan bersamaan dengan 12.86 juta hirisan daging, atau kira-kira 600 ekor lembu Wagyu, sekali gus menandakan peningkatan signifikan dalam trend pemakanan berasaskan daging berkualiti tinggi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, permintaan daging lembu premium seperti Wagyu semakin meningkat di Malaysia dan Zenrich Wagyu telah menerajui sektor pembekalan daging wagyu selama lebih sedekad. 

Katanya, peningkatan populariti daging wagyu Jepun di negara ini terus dipenuhi Zenrich Wagyu sehingga dinobatkan dengan pengiktirafan ASEAN Records bagi pencapaian ‘jumlah import tahunan terbesar wagyu Jepun setahun’. 

“Pencapaian Zenrich ini bukan sahaja menggambarkan perdagangan antara Malaysia dan Jepun yang semakin rancak tetapi juga menghubungkan budaya antara dua negara melalui makanan.

“Rekod ini menjadikan usaha syarikat Malaysia seperti Zenrich Wagyu sebagai satu contoh dan komitmen pemain industri negara ini untuk membawa yang terbaik dari dunia ke Malaysia sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab makanan terkemuka dunia. 

“Import sebanyak ini juga mengukuhkan hubungan perdagangan dalam sektor pertanian dengan rakan-rakan seperti Jepun, selain membina budaya makanan yang sama dinamik seperti rakyat di negara ini,” katanya dalam satu majlis pelancaran restoran Wagyu By La Moon di sini, semalam.

Menteri Kedutaan Jepun di Malaysia, Daisuke Nihei berkata, penerimaan Malaysia terhadap daging wagyu mencerminkan kekuatan hubungan Malaysia-Jepun. 

“Rekod ASEAN yang dicapai oleh Zenrich Wagyu juga adalah bukti melambangkan kekuatan itu,” katanya. 

Wagyu by La Moon itu terletak di Taman Tun Dr. Ismail memberikan suasana kopitiam mewah dengan sentuhan Jepun. 

Wagyu by La Moon yang menyajikan makanan terkenal berasaskan Wagyu Jepun, terutama sekali dalam membantu usaha mengalu-alukan pelancong antarabangsa yang berminat untuk meneroka kepelbagaian gastronomi ibu kota sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Wagyu by La Moon menghidangkan daging Wagyu Jepun A5 Miayazaki, restoran tersebut dipimpin oleh seorang chef berbangsa Jepun, Chef Saburou Niitsu, yang berkecimpung dalam bidang masakan Jepun selama 35 tahun. 

Menu yakiniku dengan arang berasap, kepada hirisan nipis shabu-shabu dalam sup sukiyaki, pakej Wagyu Jepun di restoran itu bermula dari RM199.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN