KUALA LUMPUR: Sebanyak 192,000 kilogram daging wagyu Jepun telah diimport ke Malaysia sepanjang tahun lalu oleh Zenrich Allied Sdn. Bhd. (Zenrich Wagyu), mencerminkan peningkatan permintaan pengguna terhadap produk daging premium di negara ini. Jumlah itu dianggarkan bersamaan dengan 12.86 juta hirisan daging, atau kira-kira 600 ekor lembu Wagyu, sekali gus menandakan peningkatan signifikan dalam trend pemakanan berasaskan daging berkualiti tinggi. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup…










