Pasaran saham dibuka negatif

Pasaran saham dibuka negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 5.90 mata kepada 1,520.72 pukul 9 pagi hari ini, berbanding 1,526.62 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka rendah 1,522.47.

Jumlah dagangan sebanyak 181.99 juta unit bernilai RM92.39 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 308 berbanding 103 dengan 212 kaunter tidak berubah dan 1,823 tidak diniagakan.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menurun 521.10 mata atau 1.37 peratus kepada 37,651.99 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 1.19 peratus kepada 2,884.84 dan Indeks STI Singapura turun 0.395 peratus kepada 10,193.929.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN