PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menurunkan Kadar Dasar Semalam (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 9 Julai ini, susulan data terkini inflasi pada Mei sebanyak 1.2 peratus yang terendah dalam 51 bulan. Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, penurunan OPR dapat merancakkan lagi aktiviti ekonomi tempatan, selaras dengan keputusan BNM sebelum…










