KUALA LUMPUR: Mercedes-AMG Petronas F1 Team bersama rakan teknikal utamanya, Petronas, terus memperkukuh kerjasama strategik dalam inovasi tenaga mampan yang menjadi tumpuan utama dalam industri automotif global. Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-AMG Petronas, Toto Wolff, menegaskan hubungan jangka panjang bersama Petronas bukan sahaja berasaskan penajaan kewangan tetapi juga nilai bersama dalam inovasi dan kemampanan. “Petronas adalah nadi kepada prestasi enjin kami. Hubungan ini telah terbina sejak lama dan terbukti membawa kejayaan…










