PETALING JAYA: MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) meluluskan kemudahan pembiayaan Islam berjumlah RM180 juta untuk MAG Holdings Berhad (MAG) bagi mengukuhkan operasinya merentas rantaian nilai akuakultur halal. Menurut kenyataannya, distrukturkan melalui Pembiayaan Berjangka-i dan Kemudahan Talian Perdagangan-i, kemudahan itu akan menyokong keperluan modal kerja dan perbelanjaan modal MAG. Ini terutamanya dalam meningkatkan logistik rantaian sejuk, infrastruktur pertanian dan penetasan serta kapasiti eksport makanan laut halalnya. “Pembiayaan itu mencerminkan komitmen MBSB Bank untuk memperkasakan industri pertumbuhan tinggi yang sejajar dengan agenda negara seperti Pelan Induk Industri Halal 2030, pelan hala tuju…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya