PETALING JAYA: Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-EFTA (MEEPA) bersama empat negara anggota Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) bagi memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan serta kerjasama ekonomi dua hala. Perjanjian dengan Switzerland, Norway, Iceland dan Liechtenstein tersebut ditandatangani oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, bersama rakan sejawatannya dari negara-negara EFTA. Selain MEEPA, turut dimeterai ialah memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dan pembangunan kapasiti serta satu…










