Malaysia diiktiraf diiktiraf piawaian ISSB

Malaysia diiktiraf diiktiraf piawaian ISSB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan pencapaian membanggakan apabila diiktiraf sebagai satu-satunya negara di rantau ASEAN yang menerima pakai Piawaian Lembaga Piawaian Kemampanan Antarabangsa (ISSB) dalam Profil Bidang Kuasa yang dikeluarkan Yayasan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS).

Pengiktirafan bersejarah itu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pelopor dalam agenda kemampanan korporat di peringkat global sekaligus meletakkan negara pada kedudukan terdepan dalam pelaksanaan pelaporan kemampanan yang standard antarabangsa.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata, pendekatan ‘peralihan terhad’ yang diterima pakai Malaysia membolehkan pelaksanaan standard IFRS S1 dan IFRS S2 secara berperingkat.

“Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kelestarian (ACSR) menyedari standard tinggi yang telah ditetapkan oleh Piawaian ISSB untuk pelaporan kemampanan dan cabaran yang mungkin dihadapi oleh entiti. 

“Kami kekal komited untuk melengkapkan entiti pelapor bagi memenuhi keperluan ini,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, pendekatan berperingkat itu termasuk melanjutkan pelepasan standard peralihan tertentu seperti pelaporan ‘utamakan iklim’ dan pendedahan pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) Skop 3 yang ditangguhkan.

Bagi memastikan kesediaan entiti berkenaan, NSRF memperkenalkan inisiatif PACE (Dasar, Andaian, Kalkulator, Pendidikan) yang menyediakan latihan, alatan dan sumber kepada syarikat-syarikat.

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk latihan mengenai kebolehoperasian antara Piawaian Inisiatif Pelaporan Global (GRI) dan Piawaian ISSB yang telah dijalankan pada Mac lalu.

Program akan datang dalam inisiatif PACE termasuk pembangunan Laporan Kemampanan Ilustrasi untuk membimbing pendedahan syarikat dan Program Penyedia NSRF bagi mengukuhkan kapasiti industri.

ACSR akan terus melaksanakan penglibatan dengan industri untuk memahami cabaran khusus sektor dalam menerima pakai Piawaian ISSB.

Kohort pertama Profil Bidang Kuasa telah diterbitkan Yayasan IFRS pada 12 Jun 2025, memberikan ketelusan kepada pasaran modal mengenai pendekatan penggunaan bidang kuasa berbeza.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN