PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaporkan merancang untuk menjual portfolio hospital swasta di United Kingdom (UK) yang dianggarkan bernilai sekitar £1.4 bilion (RM8.05 bilion). Menurut laporan Bloomberg yang memetik sumber, KWSP telah melantik firma hartanah, Knight Frank sebagai ejen bagi menguruskan penjualan 12 hartanah terbabit. Portfolio hospital berkenaan dibeli pada 2013 oleh sebuah konsortium yang diketuai KWSP pada harga sekitar £700 juta (RM4.02 bilion) dan kini dikendalikan oleh…










