PETALING JAYA: Pasaran saham tempatan dijangka terus berdepan ketidaktentuan setelah jatuh dibawah 1,500 mata pada sesi dagangan Isnin, susulan pelabur kekal memantau perkembangan konflik ketenteraan di Asia Barat, kata penganalisis. Semalam, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka negatif pada 1,493.19, sebelum jatuh kepada 1,488.89, paras terendah dalam tempoh dua bulan. Bagaimanapun, indeks penanda aras kembali menokok 13.87 mata kepada 1,516.61 ketika ditutup pada 5 petang semalam, berbanding 1,502.74 pada Jumaat lalu. Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (INCIEF), Prof. Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, kecelaruan geopolitik mendorong…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya