ALOR SETAR: Kedah dan Wilayah Fujian di China menjalin kerjasama strategik dalam bidang ekonomi maritim antara kedua-dua negara apabila memeterai empat memorandum persefahaman (MoU) berkaitan industri perikanan. MoU itu membabitkan Penyelidikan dan Pembangunan Bot Perikanan Elektrik serta Kerjasama Pasaran; Kerjasama Pengangkutan Rantaian Sejuk Produk Perikanan; Perancangan dan Rekaan Pangkalan Perikanan Luar Pesisir serta Perjanjian Kerjasama Kolej Maritim Perikanan Moden. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Kedah, Dzowahir Ab. Ghani berkata,…










