SEPANG: Grab Malaysia melancarkan perkhidmatan dan rangkaian kenderaan elektrik (EV) pertamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang ditawarkan khas untuk penumpang yang tiba di lapangan terbang tersebut. Buat masa ini, 10 buah kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik jenama BYD M6 disediakan bagi perjalanan itu yang menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih senyap dan lancar kepada penumpang. Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, perkhidmatan baharu ini…










