KUALA LUMPUR: Cuckoo International (MAL) Bhd (Cuckoo Malaysia) membuat penampilan sulung di Pasaran Utama Bursa Malaysia semalam, dibuka pada harga RM1.09 sesaham berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak RM1.08 sesaham. Setakat 9.10 pagi, saham itu susut kepada RM1.08 sesaham selepas mencapai paras tertinggi harian RM1.11, dengan 15.33 juta saham didagangkan. Syarikat itu berjaya meraih RM184.8 juta menerusi IPO dan memperuntukkan 56.7 peratus bagi pembelian produk untuk mengembangkan perniagaan sewaan.…










