Bursa Malaysia ditutup positif petang ini

Bursa Malaysia ditutup positif petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 13.87 mata kepada 1,516.61 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,502.74 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,493.19.

Jumlah dagangan sebanyak 3.09 bilion unit bernilai RM1.91 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 699 berbanding 274, dengan 490 kaunter tidak berubah dan 979 tidak diniagakan.

Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan susut sebanyak 7.37 mata atau 0.24 peratus kepada 3,014.47 ketika berita ini ditulis.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turun 49.14 mata atau 0.13 peratus kepada 38,354.09, manakala indeks STI Singapura naik 43.36 mata atau 0.43 peratus kepada 10,048.394.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN