Bursa Malaysia ditutup negatif

Bursa Malaysia ditutup negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 8.51 mata kepada 1,518.11 pukul 5.05 petang hari ini, berbanding 1,526.62 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka rendah 1,522.47.

Jumlah dagangan sebanyak 2.88 bilion unit bernilai RM2.06 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 768 berbanding 249 dengan 463 kaunter tidak berubah dan 966 tidak diniagakan.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menurun 338.84 mata atau 0.89 peratus kepada 37,834.25 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 0.87 peratus kepada 2,894.62 dan Indeks STI Singapura turun 10.78 peratus kepada 3,911.42. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN