PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 2.77 mata kepada 1,511.12 pukul 9.06 pagi hari ini, berbanding 1,508.35 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,512.72.
Jumlah dagangan sebanyak 156.90 juta unit bernilai RM77.74 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 131 berbanding 125 dengan 229 kaunter tidak berubah dan 1,901 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun meningkat 132.46 mata atau 0.35 peratus kepada 37,603.13 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan melonjak sebanyak 0.048 peratus kepada 2,698.97 dan Indeks STI Singapura naik 0.15 peratus kepada 3,896.31.-UTUSAN