PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 0.84 mata kepada 1,515.77 pada pukul 9:06 pagi hari ini, berbanding 1,516.61 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,514.25.
Jumlah dagangan sebanyak 80.17 juta unit bernilai RM61.41 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 203 berbanding 71, dengan 167 kaunter tidak berubah dan 2,017 tidak diniagakan.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 66.12 mata atau 2.19 peratus kepada 3,080.59 ketika berita ini ditulis.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 423.21 mata atau 1.10 peratus kepada 38,775.95, manakala indeks STI Singapura melonjak 25.71 mata atau 0.66 peratus kepada 3,904.970. – UTUSAN