Ajinomoto perkukuh inovasi pemakanan melalui MDA

Ajinomoto perkukuh inovasi pemakanan melalui MDA, perkenal sistem ANPS

AMB mempamerkan usaha kesihatan dan pemakanan di reruainya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) terus memperkukuh komitmen dalam bidang pemakanan sihat dan inovasi makanan menerusi penyertaan pada Persidangan Persatuan Dietitian Malaysia (MDA) 2025 ke-31 yang berlangsung pada 21 Jun lalu.

AMB berkata, syarikat turut memperkenalkan Sistem Pemprofilan Nutrisi Kumpulan Ajinomoto (ANPS) kepada lebih 350 pakar diet, penyelidik dan pengamal kesihatan, sebagai langkah memacu pendekatan saintifik dalam meningkatkan tahap kesihatan awam.

“Sebagai penaung gangsa persidangan itu, AMB juga menganjurkan Simposium Makan Tengah Hari bertajuk Pelaksanaan Sistem Pemprofilan Nutrien untuk Makanan di Hotel Berjaya Times Square sebagai platform perkongsian ilmu antara pakar pemakanan Malaysia dan Thailand.

“Selain itu, Naib Presiden AMB, Profesor Dr. Winnie Chee Siew Swee bersama Pakpadsorn Sarachantapong dari Ajinomoto Co. (Thailand) Ltd., berkongsi pengalaman pelaksanaan ANPS di Thailand, manakala Haemamalar Karppaya mengetengahkan aplikasi praktikalnya dalam pembangunan hidangan sukan tempatan,” katanya dalam kenyataan. 

Selain penganjuran simposium, AMB turut mempamerkan inisiatif kesihatan di reruai pameran termasuk Pengurangan Garam Pintar AJI-NO-MOTO yang menggalakkan penggunaan umami untuk mengurangkan kandungan sodium tanpa menjejaskan rasa.

Dalam pada itu, ia turut mengetengahkan i Program Pemakanan Sukan Winning Meals Kachimeshi bagi menyokong prestasi atlet pelajar serta aminoVITAL untuk gaya hidup aktif, sejajar dengan sasaran syarikat untuk terus mempelbagaikan portfolio produk bernilai tambah.

“Penganjuran simposium dan penyertaan aktif AMB pada persidangan tersebut dilihat selari dengan pelaksanaan inisiatif Ajinomoto Group Creating Shared Value (ASV). 

“Ia menekankan penciptaan nilai bersama menerusi kesejahteraan masyarakat, sejajar dengan aspirasi syarikat untuk terus memacu pertumbuhan mampan di pasaran tempatan dan serantau,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN