SRR turun kepada satu peratus bermula 16 Mei ini - Utusan Malaysia

SRR turun kepada satu peratus bermula 16 Mei ini

opr
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) akan diturunkan sebanyak 100 mata asas daripada dua peratus kepada satu peratus berkuat kuasa 16 Mei ini.

Bank pusat itu berkata, keputusan untuk mengurangkan SRR merupakan sebahagian daripada usaha berterusan BNM bagi memastikan mudah tunai yang mencukupi dalam sistem kewangan domestik negara.

“Langkah ini akan membantu bank-bank menguruskan mudah tunai dengan lebih baik dalam persekitaran volatiliti pasaran kewangan yang lebih tinggi serta menyediakan sokongan yang berterusan terhadap aktiviti pengantaraan kewangan.

“Penurunan SRR akan menambah mudah tunai bernilai kira-kira RM19 bilion ke dalam sistem perbankan,” menurut kenyataan.

SRR merupakan instrumen untuk menguruskan mudah tunai dan tidak memberikan isyarat tentang pendirian dasar monetari.

Kadar Dasar Semalaman (OPR) ialah satu-satunya penunjuk yang digunakan untuk memberikan isyarat tentang pendirian dasar monetari dan diumumkan melalui Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN