Calon PRN Sabah berdepan sokongan anak muda

Calon PRN Sabah berdepan sokongan anak muda

Elmiariezan Ardan (dua dari kanan) bertemu komuniti Cina di kawasan Batu 3, Apas.-UTUSAN/BESSE AISYAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Sokongan anak muda merupakan antara cabaran yang dihadapi calon-calon bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengikut perubahan semasa.

Calon Barisan Nasional (BN) Apas, Dr. Elmiariezan Arda berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima menunjukkan ada kebangkitkan gelombang sokongan, khususnya daripada pengundi muda.

“Dari segi keyakinan, kita memang amat tinggi. Kita mendapati adanya suara-suara yang ingin perubahan serta sokongan anak muda yang akan membantu kita menghadapi pilihan raya kali ini.

“Kita santuni mereka dan dengar apa isu berbangkit. Ada isu infrastruktur, keadaan jalan, masalah elektrik, isu setinggan dan sampah yang sedang berlaku. Kita akan teliti dan bantu apa yang mampu,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan komuniti Cina Apas di sini hari ini.

Menurut Elmiariezan, strategi BN di Apas akan memberi fokus kepada pengundi muda serta komuniti Cina sebagai blok penting penentu keputusan.

“Kita tetap akan fokus kepada semua pengundi, khususnya pengundi Cina. Kita mahu pastikan mereka mengundi kita pada hari pengundian nanti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Komuniti Cina Batu 3, Tony Chin, 68, berkata, masyarakat setempat berharap wakil rakyat baharu nanti dapat memberi perhatian terhadap isu infrastruktur asas yang membelenggu mereka sejak sekian lama.

“Kami harap Barisan Nasional boleh bantu perbaiki jalan, air, lampu dan apa-apa masalah infrastruktur. Itu yang kami harapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN