PETALING JAYA: Pro-Net, anak syarikat Proton bergabung dengan empat Operator Poin Pengecasan (CPO) iaitu Charge+, ChargeSini, Rexharge dan Charge N Go untuk meningkatkan aksesibiliti pengecasan kenderaan elektrik (EV) di kondominium seluruh Malaysia. Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuh lagi ekosistem EV negara dan menyokong peningkatan jumlah pemilikan Proton e.Mas dan smart. Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang berkata, kerjasama dengan CPO ini adalah untuk menyokong matlamat Pro-Net dalam mempermudah dan meningkatkan…










