Perdagangan Malaysia rekod pertumbuhan RM261.9 bilion

Perdagangan Malaysia rekod pertumbuhan RM261.9 bilion pada April 2025

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM261.9 bilion pada April 2025 dengan eksport dan import bernilai RM133.6 bilion dan RM128.4 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, prestasi eksport bernilai RM133.6 bilion pada April 2025, meningkat sebanyak RM18.9 bilion (16.4 peratus) berbanding bulan yang sama tahun lepas.

“Peningkatan dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (RM14.5 bilion), Johor (RM3.0 billion), Selangor (RM3.0 billion), Perak (RM286.5 juta), Negeri Sembilan (RM196.4 juta), Melaka (RM171.8 juta), Pahang (RM107.0 juta) dan Perlis (RM9.4 juta).

“Walau bagaimanapun, nilai eksport menurun di Kuala Lumpur sebanyak RM1.2 billion, Terengganu (RM783.2 juta), Sarawak (RM313.6 juta), Kedah (RM228.7 juta), Kelantan (RM96.4 juta), W.P. Labuan (RM33.1 juta) dan Sabah (RM22.6 juta). 

“Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 36.7 peratus, diikuti oleh Johor (19.7 peratus), Selangor (18.2 peratus), Sarawak (6.9 peratus) dan Kuala Lumpur (3.2 peratus),” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Uzir berkata,import pada bulan April 2025 meningkat RM21.4 bilion (20.0 peratus) berbanding bulan yang sama pada tahun 2024. 

“Peningkatan import disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Selangor (RM9.0 bilion), Pulau Pinang (RM6.9 bilion), Kuala Lumpur (RM5.3 bilion), Johor (RM1.4 bilion), Perak (RM303.1 juta), Kedah (RM105.9 juta), Kelantan (RM39.7 juta) dan Sabah (RM27.9 juta). 

“Walau bagaimanapun, nilai import menurun di Pahang sebanyak RM794.8 juta, Melaka (RM674.4 juta), Negeri Sembilan (RM526.1 juta), Sarawak (RM306.8 juta), Terengganu (RM130.5 juta), Labuan (RM79.9 juta) dan Perlis (RM3.7 juta). 

“Selangor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 29.7 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (22.9 peratus), Johor (19.1 peratus), Kuala Lumpur (10.4 peratus) dan Kedah (5.0 peratus),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN