KUALA LUMPUR: Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) terus merekodkan prestasi memberangsangkan dalam pelbagai sektor teras sepanjang tahun lalu pendaftaran syarikat baharu di Labuan meningkat sembilan peratus kepada 627 berbanding 575 pada tahun sebelumnya.
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), Nik Mohamed Din Nik Musa berkata, lebih 60 peratus syarikat itu juga berasal dari Asia dan Pasifik, mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur terhadap kedudukan strategik Labuan IBFC di rantau terbabit.
Selain itu, beliau berkata sektor insurans kaptif turut merekodkan pertumbuhan signifikan dengan peningkatan 16 peratus dalam entiti berlesen baharu dan lonjakan 24 peratus dalam penubuhan sel baharu.
Katanya, premium keseluruhan meningkat 8.5 peratus kepada AS$677.4 juta (RM2.92 bilion) tertinggi sejak 2019 dengan sebanyak 58 peratus daripada perniagaan insurans bukan Malaysia adalah dari negara Asia-Pasifik dan Asia Timur, menjadikan Labuan IBFC sebagai pasaran insurans kaptif kedua terbesar di Asia.
“Sementara itu, nilai pasaran token sekuriti patuh syariah (RAMZ) meningkat 21 kali ganda kepada AS$1.05(RM 4.53 bilion) disokong oleh pelancaran inisiatif Pusat Aset Digital Islam Labuan (IDAC) sebagai mercu tanda kewangan digital Islam.
“Pertumbuhan itu mencerminkan kemunculan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan blockchain, serta peralihan ke arah tokenisasi digital untuk pelaburan dan pengumpulan dana rentas sempadan.
“Inovasi Labuan IBFC turut diiktiraf sebagai Bidang Kuasa Antarabangsa Terbaik bagi Perbankan & Kewangan Islam 2024 oleh Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA).
“Daya tarikan dijangka meningkat susulan pengecualian cukai baharu yang diberikan kepada pengendali takaful digital Labuan pada Oktober 2024,” katanya semasa Laporan Pasaran 2024 bagi Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).
Beliau berkata, Labuan IBFC turut mencatatkan peningkatan lebih dua kali ganda aset pajakan minyak dan gas baharu kepada AS$815.9 juta(RM 3.52 bilion).
“Sektor pajakan Labuan terus mencatat pertumbuhan, dengan pajakan penerbangan kekal sebagai pemacu utama, menyumbang lebih 60 peratus daripada jumlah aset pajakan iaitu AS$36.8 bilion(RM 158.80 bilion).
“Urus niaga pajakan susulan mendorong pertumbuhan hasil sebanyak 69.3 peratus dan peningkatan keuntungan sebanyak 152 peratus kepada AS$654.6 juta(RM 2.82 bilion).
“Pendaftaran syarikat juga menunjukkan momentum meningkat sebanyak sembilan peratus dengan 627 pendaftaran baharu berbanding 575 tahun sebelumnya. Lebih 60 peratus syarikat Labuan berasal dari Asia dan Pasifik, mengukuhkan kedudukan pusat ini di rantau tersebut,” katanya.
Sementara itu, katanya, syarikat mencatatkan peningkatan lebih dua kali ganda aset pajakan minyak dan gas baharu kepada AS$815.9 juta(RM 3.52 bilion).
“Sektor pajakan Labuan terus mencatat pertumbuhan, dengan pajakan penerbangan kekal sebagai pemacu utama, menyumbang lebih 60 peratus daripada jumlah aset pajakan iaitu AS$36.8 bilion( RM 158.80 bilion).
“Urus niaga pajakan susulan mendorong pertumbuhan hasil sebanyak 69.3 peratus dan peningkatan keuntungan sebanyak 152 peratus kepada AS$654.6 juta(RM 2.82 bilion).
“Sementara itu, pasaran modal Labuan berkembang sejajar dengan permintaan tinggi terhadap pengurusan dana dan penyelesaian kewangan digital.
“Segmen pengurusan dana Labuan mencatat keuntungan lebih tiga kali ganda, didorong oleh peningkatan pendapatan yuran profesional. Selaras dengan perkembangan pasaran modal, segmen pelesen sekuriti hampir tiga kali ganda hasil kepada AS$9.6 juta( RM 41.43 juta),” ujarnya.-UTUSAN










