Pasaran saham dibuka positif pagi ini

Pasaran saham dibuka positif pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 5.97 mata kepada 1,532.13 pada pukul 9.05 pagi hari ini, berbanding 1,526.16 pada penutup Selasa.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,535.24.

Jumlah dagangan sebanyak 111.45 juta unit bernilai RM61.38 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 181 berbanding 80, dengan 222 kaunter tidak berubah dan 1,913 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun melonjak 223.88 mata atau 0.59 peratus kepada 37,948.13 dan indeks Kospi Korea Selatan naik 37.95 mata atau 1.42 peratus kepada 2,674.98.

Selain itu,indeks STI Singapura turut meningkat 20.49 mata atau 0.53 peratus kepada 3,896.09 ketika berita ini ditulis.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN