TEKANAN kos sara hidup yang semakin meruncing mendorong lebih ramai rakyat Malaysia berusaha melakukan dua kerja dan tidak hanya bergantung kepada satu pekerjaan demi menampung keperluan asas harian. Kenaikan harga barangan keperluan seperti makanan kering dan basah kini semakin membebankan golongan berpendapatan sederhana dan rendah, termasuk ibu tunggal serta mereka yang menyara keluarga besar. Menurut Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad, trend ini bukan didorong oleh gaya hidup mewah, sebaliknya keperluan mendesak bagi memastikan dapur masih ‘berasap.’ Ujarnya, ini kerana kebanyakan pekerja tidak menerima…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya