IPT tempatan perlu lahirkan ramai pakar teknologi hijau

IPT tempatan perlu lahirkan ramai pakar teknologi hijau

IPT
IR GUNTOR TOBENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institusi pengajian tinggi tempatan (IPT) perlu memainkan peranan lebih besar dalam melahirkan pakar dalam bidang tenaga boleh baharu.

Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn. Bhd., Datuk Ir Guntor Tobeng berkata, pada masa ini walaupun terdapat ramai jurutera yang dilahirkan oleh IPT awam dan swasta di seluruh negara, tetapi terlalu sedikit yang memiliki kemahiran khusus dalam sektor tenaga hijau.

Katanya, industri tenaga hijau mempunyai prospek yang besar dan bakal menjadi antara sumber tenaga utama dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Oleh itu katanya, ia memerlukan sokongan daripada semua aspek termasuk tenaga kerja mahir yang perlu dibekalkan oleh IPT.

”Kami di pihak industri memang berharap lebih banyak institusi pengajian tinggi tempatan memainkan peranan lebih besar dalam bidang teknologi hijau atau tenaga boleh baharu supaya kita tidak bergantung kepada kepakaran dari luar,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa ini katanya, dalam memastikan keperluan tenaga dalam bidang ini, pihak industri terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan mereka mempunyai tenaga kerja mahir yang mencukupi.

Menurut Guntor yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fakulti bagi Fakulti Kejuruteraan dan Elektrik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), ini termasuk termasuk dengan cara memberi latihan dan kemahiran semula kepada para graduan yang diambil berkerja.

“Kami memastikan ada program pembangunan modal insan berasaskan AI melalui kaedah retraining dan reskilling.

“Sebab itu kami berharap pihak pentadbir IPT tempatan membuka mata dan melihat sektor tenaga boleh baharu sebagai salah satu industri utama yang perlu diberi perhatian oleh mereka,”: katanya.

Sebagai contohnya katanya, pihak Gading Kencana pada masa ini telah bekerja sama dengan Universiti Tun Hussein Onn dalam mengintegrasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) berasaskan deep learning dalam pengurusan ladang solar mereka.

Katanya, melalui kerjasama strategik dengan UTHM) itu, Gading Kencana sedang membangunkan model forecasting tempatan yang sesuai dengan iklim tropika Malaysia yang menggunakan algoritma AI untuk menganalisis data cuaca dan prestasi ladang secara masa nyata.

“Ini membolehkan pengoptimuman penjanaan tenaga secara berterusan.

“Deep learning ialah cabang lanjutan AI yang mampu memproses data kompleks seperti suhu, kelembapan, radiasi suria dan prestasi operasi untuk mengenal pasti corak serta membuat ramalan tepat bagi output tenaga di bawah pelbagai kondisi cuaca,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN