Foodpanda Malaysia terajui masa depan industri 

Foodpanda Malaysia terajui masa depan industri 

TAN Ming Luk menggunakan AI di Foodpanda Malaysia untuk mewujudkan pengalaman yang diperibadikan kepada pelanggan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

INDUSTRI penghantaran makanan di Malaysia terus berkembang pesat, didorong oleh teknologi, perubahan gaya hidup dan permintaan pengguna yang semakin tinggi. 

Sebagai antara peneraju dalam sektor ini, foodpanda Malaysia tampil dengan pelbagai inisiatif baharu untuk 2025 yang menumpukan kepada kemampuan, kepelbagaian pilihan dan kelestarian. 

Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, TAN MING LUK berkongsi dengan wartawan Utusan Malaysia, HENDRA WINARNO mengenai hala tuju syarikat pada tahun ini. 

UTUSAN: Apakah keutamaan utama perniagaan foodpanda Malaysia untuk 2025?

MING LUK: Tumpuan strategik Foodpanda Malaysia pada tahun ini adalah berteraskan kepada kemampuan, pilihan, dan perdagangan pantas, dengan matlamat untuk menjadi platform penghantaran pilihan utama rakyat Malaysia. 

Kami sedang meluaskan inisiatif penjimatan kos kepada pelanggan, termasuk tawaran eksklusif bersama jenama-jenama utama serta memperkembangkan pilihan ‘Meal for One’, selari dengan peningkatan trend makan secara bersendirian. 

Foodpanda komited untuk memperluas rangkaian vendor kami agar pelanggan dapat menikmati akses kepada lebih banyak restoran, kafe dan barangan runcit. 

Kami juga ingin menjadi pilihan utama para penghantar makanan melalui penawaran pendapatan yang kompetitif, fleksibiliti kerja dan manfaat eksklusif bagi meningkatkan kepuasan serta kadar pengekalan mereka.

Seiring itu, program Pandapro akan terus menjadi tunjang strategi kami pada 2025 dengan penambahbaikan program ini akan memberi lebih banyak manfaat eksklusif dan kelebihan gaya hidup kepada pelanggan setia kami.

Bagaimanakah anda melihat perkembangan industri penghantaran makanan di Malaysia dan peranan Foodpanda dalam membentuk masa depannya?

Industri ini terus berkembang pesat dengan beberapa trend utama seperti pemperibadian dan pengalaman yang dipacu kecerdasan buatan (AI).

Pelanggan kini mahukan pengalaman yang diperibadikan, pemenuhan pesanan yang pantas dan interaksi digital yang lancar. 

Foodpanda menggunakan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan untuk memperibadikan pengalaman pengguna serta mengoptimumkan kecekapan penghantaran dan keterlihatan vendor.

Selain itu, perkembangan perdagangan yang pantas, di mana permintaan terhadap penghantaran barangan runcit secara on-demand semakin meningkat. 

Pelaburan kami dalam pandamart dan panda shops menyokong perubahan tingkah laku pengguna dengan memberi lebih banyak pilihan dan penghantaran lebih pantas.

Foodpanda kini juga melangkaui penghantaran makanan dengan meneroka kerjasama baharu bagi mempelbagaikan tawaran dan meningkatkan kesetiaan pelanggan.

Dalam pada itu, Foodpanda turut menyokong operasi hijau melalui ujian motosikal elektrik dan penyelesaian pembungkusan mampan. 

Rang Undang-Undang Pekerja Gig Pekerja Gig telah menjadi topik utama. Apakah pandangan anda tentang kesannya kepada rakan penghantaran dan industri secara keseluruhan?

Malaysia kini dalam perjalanan ke arah pelaksanaan Rang Undang-Undang Pekerja Gig dan kami menyokong usaha ini dengan mengekalkan fleksibiliti dan autonomi pekerjaan gig.

Foodpanda proaktif dalam menyokong penunggang melalui inisiatif panda hearts, antaranya melalui perlindungan insurans Protect+ dengan PolicyStreet, menawarkan perlindungan 24 jam sehingga RM100,000.

Selain itu, kami bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan menandatangani memorandum persefaham (MoU) dan menaja RM200,000 bagi menampung 10 peratus caruman skim SPS Padanan Caruman 2.0, memanfaatkan lebih 8,000 penunggang.

Kami juga membuatkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui i-Saraan dan program literasi kewangan. Kami percaya perlunya keseimbangan dalam memastikan penunggang menerima sokongan sewajarnya tanpa mengorbankan kebebasan mereka.

Dengan persaingan yang sengit dalam industri ini, bagaimana Foodpanda merancang untuk terus berada di hadapan dan memberi nilai kepada pelanggan dan vendor?

Kami menonjol melalui tumpuan kepada kemampuan, kepelbagaian dan perdagangan pantas.

Antara strategi utama kami adalah membuat inovasi berpusatkan pelanggan, ini menyesuaikam penggunaan AI untuk menyediakan pengesyoran makanan yang diperibadikan, memberikan langganan pandapro diskaun serta penghantaran percuma dan bekerjasama pembiayaan seperti Funding Societies untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera bagi memperkasa pemerkasaan vendor, manakala bagi rider pula, kami menambah baik ketelusan pendapatan dan faedah kebajikan.

Kelestarian dan pendigitalan adalah trend penting. Bagaimanakah Foodpanda memberi respons terhadap perkara ini di Malaysia?

Kami mengambil pendekatan aktif dalam kedua-dua bidang. Dalam penghantaran dan pembungkusan mampan, kami beralih kepada pembungkusan kertas dan beg plastik biodegradasi dan mempunyai ujian motosikal elektrik bersama MGTC melibatkan 40 motosikal elektrik. 

Dalam pendigitalan dan AI, kami percaya pemperibadian dipacu AI untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan vendor. Kami juga melabur dalam automasi penghantaran untuk kurangkan jejak karbon.

Sebagai peneraju bertanggungjawab, kami akan terus memperluas inisiatif ini bagi mengurangkan kesan alam sekitar sambil mempertingkatkan kecekapan.

Apakah aspirasi jangka panjang Foodpanda Malaysia dan bagaimana anda melihat jenama ini berkembang dalam beberapa tahun akan datang?

Visi kami adalah untuk menjadi platform penghantaran paling dipercayai, inovatif dan berfokus pelanggan di Malaysia.

Fokus masa depan termasuk, memperkukuh pandapro, memfokuskan kemajuan teknologi dan AI, pemerkasaan rider dan vendor, program kewangan, latihan serta kebajikan pekerja gig dan PKS.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya