Bursa Malaysia ditutup negatif, turun 15.61 mata - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup negatif, turun 15.61 mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup negatif pada 1,556.14 hari ini, susut 15.61 mata berbanding 1,571.75 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,566.57.

Jumlah dagangan sebanyak 3.71 bilion unit bernilai RM2.27 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 889 berbanding 216 dengan 383 kaunter tidak berubah dan 907 tidak diniagakan.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menurun 255.09 mata atau 0.68 peratus kepada 37,498.63 berita ini ditulis.

Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 0.89 peratus kepada 2,603.42 dan Indeks STI Singapura turun 0.53 peratus kepada 3.877.20.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN