PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 2.68 mata kepada 1,523.48 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,526.16 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,530.14.
Jumlah dagangan sebanyak 2.50 bilion unit bernilai RM2.03 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 474 berbanding 435 dengan 499 kaunter tidak berubah dan 988 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 1.71 mata atau 0.0045 peratus kepada 37,722.40 berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 1.25 peratus kepada 2,670.15 manakala indeks STI Singapura melonjak 0.41 peratus kepada 3.911.96.-UTUSAN