BPMB perkukuh peranan, ambil alih EXIM Bank, SME Bank - Utusan Malaysia

BPMB perkukuh peranan, ambil alih EXIM Bank, SME Bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) mengukuhkan peranannya menerusi pengambilalihan saham Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) dan Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) daripada Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD].

Urus niaga itu dimuktamadkan berdasarkan nilai aset ketara bersih (NTA) EXIM Bank dan SME Bank setakat 31 Disember 2023.

Kumpulan kini bersama EXIM Bank dan SME Bank sebagai anak syarikatnya, membentuk sebuah entiti yang lebih mantap untuk menyalurkan modal impak secara lebih menyeluruh menerusi ekosistem pembiayaan pembangunan selari dengan dasar- dasar utama negara seperti Kerangka Ekonomi Madani Malaysia, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Rancangan Malaysia Ke-12, serta inisiatif PuTERA35.

BPMB dalam kenyataan berkata, dengan gabungan tenaga kerja sedia ada seramai lebih 2,000 orang, kumpulan mampu meningkatkan kapasitinya untuk memberikan impak yang lebih hebat pada skala yang lebih besar.

“Kumpulan komited untuk mengekalkan tenaga kerja sepenuhnya dengan peranan kerja yang bermakna, sekali gus mengiktiraf modal insan sebagai teras kepada usaha pembangunan
negara.

“Dengan pengambilalihan ini, ketiga-tiga institusi mempunyai kebolehan yang lebih kukuh untuk memperluas dan memperkasa mandat sedia ada dalam merapatkan jurang pembiayaan pembangunan negara,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan, antara fokus utama termasuklah sokongan kepada usahawan Bumiputera, pembiayaan untuk perusahaan kecil sederhana (PKS), menggalakkan transaksi perdagangan masuk dan keluar, serta menyokong pertumbuhan mampan.

“Secara kolektif, tahun ini kumpulan BPMB telah memperuntukkan RM8.3 bilion untuk pembangunan negara menerusi program-program strategik bersama.

“Pengambilalihan ini dijangka membawa sinergi daripada segi hasil dan kecekapan kos dalam jangka masa panjang bagi menyokong pertumbuhan perniagaan pelbagai skala di Malaysia,” kataya.

Kumpulan BPMB akan melaksanakan pelan integrasi secara menyeluruh yang akan memanfaatkan kekuatan dan sumber setiap entiti bagi menyokong keperluan tiga segmen pasaran yang berbeza secara lebih efektif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya