Resorts World Genting tawar diskaun sehingga 88% di MATTA Fair 2025 - Utusan Malaysia

Resorts World Genting tawar diskaun sehingga 88% di MATTA Fair 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Resort World Genting (RWG) menawarkan diskaun sehingga 88 peratus untuk penginapan hotel terpilih dan 66 peratus potongan untuk tiket taman tema di MATTA Fair 2025 sempena sambutan ulang tahun ke-60.

Menurut kenyataan, RWG turut menyediakan pelbagai promosi hebat dan hadiah menarik yang bakal menanti pengunjung.

“Pengunjung juga boleh menempah bilik hotel dengan harga istimewa pada RM600 untuk penginapan di hotel mewah Crockfords, atau serendah RM59 di Hotel First World yang terkenal.

“RWG turut menawarkan Promosi Waktu Istimewa, di mana pengunjung boleh menempah bilik Superior Deluxe di Resorts World Awana pada harga RM60, eksklusif pada waktu-waktu tertentu.

“Sementara itu, pengunjung yang berbelanja sebanyak RM66 dan ke atas dalam satu resit berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi Interactive 60th Anniversary Wall.

“Ini adalah masa terbaik untuk menikmati percutian berbaloi bersama keluarga atau rakan-rakan,” katanya.

Selain itu, RWG berkata, bagi mereka yang berbelanja RM600 ke atas atau membeli pas Unlimited X-Perience, akan menerima Set Hadiah Ulang Tahun ke-60 yang eksklusif, sebagai cenderamata istimewa sempena sambutan bersejarah itu.

“Pengunjung juga boleh meneroka tawaran menarik daripada Resorts World Cruises dan Malaysia Airlines di reruai yang sama, iaitu Resort World Tours dengan menikmati percutian pelayaran selama dua atau tiga malam dari Melaka atas kapal Genting Dream, serendah RM375 seorang.

“Promosi Star Voyager pula menawarkan pakej bernilai tinggi seperti Twin Bundle Deals dari RM1,899, Buddy Pass dengan potongan 50 peratus untuk tetamu kedua, serta promosi Palace dengan diskaun sehingga 60 peratus.

“Bagi mereka yang ingin menikmati pelayaran lebih panjang, terdapat pakej lima malam dari Melaka ke Pulau Pinang bermula dari RM2,399,” ujarnya.

Dalam masa sama, Malaysia Airlines turut menawarkan tambang penerbangan domestik serendah RM21 sehala dari Kuala Lumpur ke destinasi di Semenanjung Malaysia, dan dari RM105 ke destinasi di Malaysia Timur.

Semua promosi istimewa itu hanya boleh didapati secara eksklusif di reruai Resorts World Tours sepanjang MATTA Fair 2025.

la merupakan usaha berterusan RWG dalam memastikan setiap pengunjung menerima pengalaman yang menyeronokkan dan penuh penghargaan.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam RWG, Spencer Lee berkata, kempen itu adalah tanda penghargaan RWG atas sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang enam dekad ini.

“Bagi meraikan ulang tahun ke-60, kami komited untuk terus mencipta lebih banyak pengalaman bermakna melalui tawaran menarik dan ganjaran istimewa, sama ada untuk pengunjung setia mahupun mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Resorts World Genting,” katanya.

MATTA Fair 2025 akan berlangsung dari 18 hingga 20 April 2025, bermula dari pukul 10 pagi hingga 9 malam, bertempat di Aras 1, Dewan Domestik, reruai 1L01-1L12, Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya