Hampir seminggu, dua bahagian tubuh mangsa pembunuhan di Kota Kinabalu belum ditemukan

Hampir seminggu, dua bahagian tubuh mangsa pembunuhan di Kota Kinabalu belum ditemukan

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Polis masih mencari dua bahagian tubuh wanita yang mayatnya ditemukan oleh pekerja lori sampah di Taman Indah Permai di sini, kira-kira pukul 6.30 pagi Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab. Rahman berkata, suspek yang ditahan ada memaklumkan mengenai lokasi pembuangan, namun usaha pencarian masih berjalan.

Katanya, siasatan kes pembunuhan kejam wanita yang tubuhnya dikerat tujuh bahagian dan dibuang di beberapa lokasi itu masih di peringkat awal.

“Kita tahu lokasinya, namun pencarian masih dijalankan dan butiran tidak boleh didedahkan buat masa ini.

“Operasi pencarian masih diteruskan walaupun sudah melebihi seminggu, bagi memastikan semua bukti penting dapat ditemukan bagi membantu siasatan lanjut Kes masih dalam proses siasatan, kita belum boleh dedahkan semua butiran lagi.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara selepas semua hasil siasatan diperoleh,” katanya selepas Majlis Op Selamat 25/2026 di Jalan Pintas hari ini.

Sebelum ini, polis menahan suspek utama berusia lingkungan 70-an di sekitar daerah ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Turut ditahan ialah tiga anaknya.

Syed Lot berkata, laporan penuh bedah siasat belum diperoleh.

Katanya, tempoh reman tiga anak suspek utama bergantung kepada keperluan siasatan dan dilakukan mengikut prosedur ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN