PETALING JAYA: Proton mengakhiri suku pertama 2025 dengan pemulihan jualan yang ketara pada bulan Mac dengan 13,918 unit terjual, peningkatan sebanyak 11.9 peratus berbanding Februari dan 9.6 peratus lebih tinggi daripada bulan yang sama pada 2024. Hasilnya, bahagian pasaran bagi jualan kumpulan (domestik, eksport, smart, Protom, e.MAS) dijangka 19.4 peratus daripada anggaran jumlah volum industri (TIV) sebanyak 71,596 unit. Proton berkata, keputusan yang kukuh ini telah melonjakkan jualan Proton pada…










