PETALING JAYA: iMotorbike, platform motosikal di Asia Tenggara untuk membeli dan menjual motosikal terpakai mengunjurkan masa depan cerah bagi pasaran motosikal terpakai di Malaysia, didorong oleh beberapa faktor utama termasuk penggunaan kenderaan tersebut yang meluas di negara ini. Ketua Pegawai Eksekutif iMotorbike, Gil Carmo berkata, motosikal kekal sebagai cara utama dan mampu milik bagi kebanyakan rakyat Malaysia untuk bersiar-siar, terutamanya di kawasan bandar dan pinggir bandar di mana kesesakan lalu…