IHPR Malaysia catat penurunan 1.9 peratus pada Mac 2025

IHPR Malaysia catat penurunan 1.9 peratus pada Mac 2025

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia menurun 1.9 peratus pada Mac 2025, berbanding peningkatan 0.3 peratus pada Februari 2025, kata  oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, penurunan ini dipengaruhi terutamanya oleh sektor perlombongan, yang meneruskan trend penurunan pada 2025 dengan penurunan dua digit 15.0 peratus (Februari 2025, 9.7 peratus). 

Menurutnya, penurunan ini disebabkan oleh indeks pengekstrakan gas asli menurun (-16.2 peratus) dan pengekstrakan petroleum mentah menurun (-14.5 peratus). 

“Sektor pembuatan juga mencatatkan penurunan 1.8 peratus (Februari 2025, -0.3 peratus), dengan penurunan ketara dalam pembuatan kok dan produk petroleum bertapis menurun (-16.2 peratus) dan pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal (-5.1 peratus). 

“Sektor bekalan elektrik dan gas juga merekodkan penurunan 0.5 peratus (Februari 2025, -0.3 peratus). 

“Walau bagaimanapun, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan mengekalkan trend positif, meningkat 9.9 peratus (Februari 2025, +15.2 peratus), disokong oleh subsektor penanaman tanaman kekal (16.9 peratus). Sektor bekalan air pula mencatatkan peningkatan sederhana 0.7 peratus pada Mac 2025,” katanya dalam kenyataan. 

Mohd Uzir berkata, pada asas bulan ke bulan, IHPR Pengeluaran Tempatan menurun 0.6 peratus pada Mac 2025, berbanding peningkatan 0.1 peratus pada bulan sebelumnya. 

“Sektor perlombongan turun 3.8 peratus, dipengaruhi oleh penurunan dalam pengekstrakan gas asli (-5.7 peratus) dan pengekstrakan petroleum mentah 3.0 peratus. Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan juga turun (-0.5 peratus), disebabkan oleh indeks perikanan -2.1 peratus dan penanaman tanaman kekal (-0.4 peratus). 

“Sementara itu, sektor pembuatan merosot 0.3 peratus disebabkan oleh penurunan dalam indeks pembuatan kok dan produk petroleum bertapis (-0.5 peratus). 

“Sektor bekalan air mencatatkan penurunan marginal 0.1 peratus, manakala sektor bekalan elektrik dan gas meningkat 0.3 peratus,” katanya. 

Mengulas lebih lanjut mengenai IHPR Pengeluaran Tempatan mengikut peringkat pemprosesan, Mohd. Uzir menjelaskan, semua peringkat pemprosesan mencatatkan penurunan pada Mac 2025. 

“Indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya menurun 4.5 peratus, dipengaruhi oleh Bahan bukan makanan (-5.5 peratus). 

“Indeks bahan perantaraan, bekalan dan komponen turun 1.5 peratus, disebabkan oleh bahan api yang diproses dan pelincir -11.8 peratus. Sementara itu, indeks barang siap mencatatkan penurunan sederhana 0.6 peratus disebabkan Barangan pengguna siap -0.7 peratus,” katanya. 

Pada asas bulan ke bulan, indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya menurun 1.5 peratus. 

“Sementara itu, indeks bahan perantaraan, bekalan dan komponen dan barang siap masing-masing mencatatkan penurunan sederhana sebanyak 0.2 dan 0.4 peratus,” katanya.

Mohd. Uzir berkata, IHPR Pengeluaran Tempatan terus turun 0.3 peratus bagi suku pertama tahun 2025, berbanding penurunan 0.8 peratus pada suku keempat tahun 2024. 

Katanya, trend menurun ini didorong oleh sektor perlombongan (-8.8 peratus), pembuatan (-0.9 peratus) dan bekalan elektrik dan gas (-0.2 peratus). 

“Sebaliknya, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan mencatatkan peningkatan ketara 13.8 peratus, manakala bekalan air meningkat 3.6 peratus. 

“Sementara itu, perbandingan suku tahun ke suku tahun, IHPR pulih dengan peningkatan 1.0 peratus, selepas penurunan 0.8 peratus pada suku sebelumnya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN