BMW 2-Series memang popular tetapi dalam kalangan penggemar sejati jenama Jerman itu, ia digelar ‘kereta anak-anak’. Bukan setakat saiz yang kompak, 2-Series menggunakan platform FWD (pacuan roda hadapan) dan tidak dilihat sebagai sebuah BMW sejati. Pemanduannya juga tidak sama seperti 1-Series lama yang dipacu oleh roda belakang dan jauh sekali dari prestasi 3-Series. Namun begitu semua akur bahawa BMW perlu menghasilkan sesuatu yang lebih mampu milik dan lebih mesra diterima…










